We Must Love

We Must Love adalah album mini (EP) ketiga oleh kumpulan lelaki Korea Selatan, ONF. Album ini dikeluarkan pada 7 Februari 2019 oleh WM Entertainment dan diedarkan oleh Stone Music Entertainment. Terdiri daripada lima buah lagu EDM dan pop tarian yang dominan, album mini ini dihasilkan dan ditulis oleh pasukan produksi MonoTree, dengan ahli MK dan Wyatt memberikan sumbangan lirik . Setelah dilancarkan, We Must Love menjadi perilisan carta terpanjang kumpulan setakat ini di Gaon Album Chart, berada di nombor lima selama satu minggu dan bertahan selama empat belas minggu berturut-turut di carta, akhirnya menjadi dua puluh empat prilisan terlaris Februari 2019. Ia juga merupakan album terakhir kumpulan yang menampilkan ahli Laun, yang meninggalkan kumpulan ini setelah enam bulan album ini dikeluarkan.

Rujukan

WikiPedia: We Must Love http://www.sportsworldi.com/newsView/2019020754768... http://www.xportsnews.com/?ac=article_view&entry_i... http://www.xportsnews.com/?ac=article_view&entry_i... http://www.dailytoday.co.kr/news/view.php?idx=3480... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://www.topstarnews.net/news/articleView.html?i... http://www.topstarnews.net/news/articleView.html?i... https://www.hellokpop.com/event/kcon-japan-2019-se... https://www.hellokpop.com/kpop/k-pop-onf-we-must-l...